Monday, 5 August 2013
Tidak salah untuk bercinta, TAPI...
Tidak salah untuk mencintai, kerana perasaan milik Allah..
Yang salahnya adalah bergantung pada cara bercinta itu sendiri. Beza jauh antara 'MENCINTAI' dan 'BERCINTA'.
Dalam bercinta, hanya cara yang ditunjukkan Rasulullah ﷺ saja yang diterima Allah. Islam itu penuh rahmah dan mudah.
Jika rasa telah cukup syarat dan berkelayakan untuk membina rumah tangga, maka lakukanlah! Jangan tunggu lagi. Tetapi jika belum......
Cadangan saya bagi yang belum mampu bercinta cara Islam (nikah) adalah dengan mengisi waktu dan menjauhi pergaulan bebas. Kita lihat bagaimana sebahagian ulama yang hidup bujang seumur hidup kerana menyibukkan diri dalam perkara akhirat dan ilmu. Tiada masa untuk memikirkan jodoh. Di samping banyakkan berpuasa, kita perlu jauhi & menghalang pergaulan bebas (ikhtilat) antara lelaki dan wanita kerana itulah PUNCA utama masalah couple dan maksiat sekarang ini.
Oleh kerana sering berhubung antara lelaki dan wanita, waktu terbuang, nafsu membuas, syaitan menggoda, lalu terjadilah ia melampiaskan nafsu pada kemungkaran dan pada waktu yang tidak sepatutnya..
Untuk membanteras gejala melampiaskan rasa cinta dengan cara dan waktu yg tak sepatutnya juga adalah dengan mengisi jiwa kita dan mereka dengan cinta Allah dan Rasulullah ﷺ.
Ini kerana jiwa yang kosong dari cinta Rasulullah menyebabkan jiwa mereka terisi dengan cinta yang tidak sepatutnya..
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment