winter sonata..

tittle bergerak

Friday 24 March 2017

Akak dah bertunang ke?





Selepas solat asar, para Jemaah mula beransur keluar dari kawasan solat  masjid Sultan Azlan Shah. Aku  bergerak ke saff belakang kawasan solat. Tafsir Al-Quran di dalam beg aku keluarkan. Begitu juga dengan radio Al-Quran digital pemberian pak teh, aku capai. Earphone yang sudah tersedia di radio itu, aku sumbatkan ke dalam kedua lubang telinga kiri dan kanan. Butang on aku tekan. Kedengaran Qari mengalunkan surah An-Naba’. Merdu sekali.