ikhtilat di alam maya
SEDIKIT PERKONGSIAN
TAJUK: IKHTILAT DI ALAM MAYA.
Bismillah...
"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)
Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita
online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh
mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.
Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook
ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan
mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6
mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan
perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak . Bergurau senda di
antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh
ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
TAKRIF IKHTILAT
Ikhtilat adalah kalimah bahasa arab yang menjadi masdar(kata dasar)
bagi fiil madhi(perbuatan lalu) ikhtalata, dan mudhari’(perbuatan kini)
yakhtalitu.
ikhtilat juga bermaksud pergaulan/percampuran atau
lebih tepat lagi adalah percampuran antara lelaki & wanita
terutamanya dialam maya.Diluar kita dapat lihat secara zahir perhubungan
antara lelaki dan wanita yang terlalu bebas.Itu sudah sedia maklum
kan.Namun,yang menjadi persoalan disini adalah berlakunya ikhtilat
tersembunyi iaitu dialam maya,bolehkah ia terjadi?
Jawapannya
ya,ia boleh terjadi pada semua orang termasuk orang yang faham
agama.Semuanya ini sebenarnya berlaku atas kelalaian kita dalam
menggunakan teknologi yang telah tersedia waktu ini.
Muhammad Ahmad Ismail al-Muqaddam ( Awdah al-Hijab : 3/52) mentakrifkan Ikhtilat sebagai:
"Perhimpunan lelaki dan wanita yang bukan mahram baginya yang mana
perhimpunan tersebut membawa prasangka, atau perhimpunan lelaki dan
wanita yang bukan mahram di satu tempat yang memungkinkan interaksi di
kalangan mereka dengan pandang memandang atau isyarat atau perkataan
atau jasad yang tanpa dinding, batas dan penghalang yang mampu menolak
prasangka dan kerosakan"
Bagaimana kita mudah terlepas pandang
akan hal ini?ini kerana kita terlalu asyik dengan sesuatu sehingga
terlupa bahawa perkara tersebut boleh membawa kepada kemudharatan.
Yang saya nampak cukup jelas sekarang ini adalah penggunaan FB.Majoriti
semua orang ada akaun FB masing-masing.Tak cukup 1,buat yang kedua dan
seterusnya.Friend terlalu ramaikan,
Secara rumusannya bolehlah
disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin
dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti
berikut:
- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topik asal.
- Perincian Topi-Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan-Hubungan dan interaksi tersebut tidak
berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan
membereskan segala tuntutannya.
Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”
Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih
suci.”
FirmanNya yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin lelaki dan
orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas
menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”
Maka
perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya
ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai
kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita
jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.
Note : Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan.
Iman Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fatawa Al-Mu'Asarah (jilid 2
m/s:284): "Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya bukanlah
ditegah, bahkan ianya HARUS & DITUNTUT sekiranya percampuran itu
mempunyai niat yang baik seperti menuntut ilmu, beribadah, perbuatan
yang dianggap baik di sisi syarak & sebarang aktiviti yang baik yang
memerlukan kerjasama di antara dua pihak. Tetapi pertemuan ini MESTILAH
MENJAGA ADAB-ADAB ISLAM antara kedua pihak seperti pakaian yang
dibolehkan syarak, aurat, suara, dan pertemuan itu mestilah berdasarkan
keperluan penting sahaja.
"Imam Al-Qurtubi mengharuskan bercakap dengan perempuan dan berbual dengan mereka sekiranya ada keperluan.”
TIP-TIP BERURUSAN DENGAN BUKAN MUHRIM:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk
minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah
tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila
nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara
yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan
kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.
2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan
berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan
padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang
sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti
huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar
mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.
Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda
terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi,
kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka
janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu
org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik."
Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Elak perkataan merayu,menggoda ,merangsang keinginan,keji,lucah mahupun perkatan sia-sia/gurauan berlebihan
4. Lunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara . Lunak
diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut. Merendahkan
suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras,
tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini
amat bertepatan dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya
yang berbunyi :
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,
juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
5. Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada
melalui perbualan secara langsung mahupun platform lain , contohnya
melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook
kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.
6.
Pastikan juga perbincangan antara mereka yang berlainan jantina
hendaklah diadakan dikhalayak ramai. Seperti contoh, memberi comment
yang membina bertujuan untuk ilmu dan memperbetulkan kesalahan. Comment
juga boleh dilihat rakan-rakan yang lain.
Jika chat pula,
harus menghadirkan orang ketiga dalam perbincangan atau perbualan. Cara
ini boleh menjaga kita daripada tersasar tujuan bukan? Khalwat bukan
sahaja berada berdua-duaan sesama lelaki dan perempuan, dalam alam maya
pun ada. Bukankan syaitan pun wujud di mana-mana? Tetapi tidak perlu
beriya sangat sehingga mewajibkan orang ketiga. Jika yakin mampu untuk
menjaga ikhtilat, kalian boleh untuk bersendirian. Tetapi perlu hadirkan
Allah di dalam hati. Takut dengan Allah.
7. Tundukkan
hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu
risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan
dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara
daripada panahan syaitan.
8. Tundukan pandangan. Jangan
tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make
eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum
sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh.
Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna
tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.
9.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak
perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa
dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai
dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.
"Urusan adalah
sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita
mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka
itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia
suatu urusan atau tidak, maka berawaslah."
~Ustazah Fatimah Syarha
ANALOGI
satu analogi boleh diberikan. Kita anggapkan ada sebilah pisau. Pisau
ini yang sememangnya direka manusia adalah digunakan untuk memotong
sayur, buah-buahan dan bahan makan yang lain. Ini adalah asbab kepada
penciptaan sebilah pisau. Tetapi apabila pisau itu digunakan untuk
membunuh dan mencederakan manusia, salahnya ada pada pisau atau pada
tangan manusia tersebut?
Samalah juga dengan facebook. Kalau
kita gunakan facebook dengan baik, maka baiklah ia. Kalau kita gagal
menggunakan facebook seperti yang dituntut syariat, gagallah untuk kita
menjadi Muslim yang baik. Ada yang kelihatan sangat sopan di alam
realiti tetapi sangat berbeza perangainya apabila masuk ke alam maya
ini.
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina)
itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Isra':32)
Moga ada manfaatnya dalam mengingatkan kita semua
untuk menjaga ikhtilat dan adab selaku Muslim. Jangan kita jadi double
standard. Hanya bersopan ketika di alam realiti. Tetapi menjadi "singa"
yang menagih perhatian di alam maya. Tak kira lelaki alim, perempuan
Muslimah, sesiapa jua boleh tersungkur.
Yang penting gunakanlah
facebook untuk kebaikan terutamanya dakwah. Kekuatan umat Islam ini
bergantung kepada kita sendiri. Jika kita semua setuju bahawa facebook
adalah platform yang mudah untuk menjalankan dakwah, maka gunakanlah ia
dan elaklah daripada fitnah. Moga ada redha Allah. Wallahu'alam.
Ya Allah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam
pergaulan.. Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat.. Hanya iman
dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang
melalaikan..
# di ambil dr byk blog dan di susun menjadi 1 artikal..#
No comments:
Post a Comment