winter sonata..

tittle bergerak

Sunday 18 November 2012

Qailullah... antara sunnah Rasulullah SAW




SUNNAH QAILULAH. (Tidur sebentar pada siang hari)

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu te
ngah
hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,

"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Friday 16 November 2012

AkhlaK RASULULLAH (◕‿◕) ♥


AKHLAK RASULULLAH (◕‿◕) ♥

Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Jadi Jom kenali.. bagaimanakah akhlak Nabi Kita Muhammad SAW...

1) Baginda berdoa dengan penuh
khusyuk dan airmatanya sentiasa
berlinangan

2) Wajahnya sentiasa ceria yang
menyejukkan mata
memandangnya

3) Sangat elok dan sempurna
wajahnya

4) Baginda memilik perasaan yang
halus

5) Suka makan beramai-ramai
daripada berseorangan

6) Bencikan kemegahan dan
perhiasan yang cantik
melambangkan kesombongan dan
kemegahan

7) Beliau makan setelah lapar dan
berhenti sebelum kenyang
Tidak pernah mengumpat ,
mencerca atau menghina orang
lain

9) Baginda memelihara rambutnya
dengan kemas

10) Baginda memakai serban di
atas kopiahnya

11) Suka membalas hadiah

Sunday 11 November 2012

IKHTILAT MENURUT HUKUM ISLAM..






Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa sistem dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.

BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

IKHTILAT
Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
Dua atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

KHALWAT
Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.

SALAH KE??

Ramai yang bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu, soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-