Apa lagi yang kamu mahu wahai kaum hawa?!
Kaum
hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka
telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri,
seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan
Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat
sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah
saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut
faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka
perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami
mahu keadilan!
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan
wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid
dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak
solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan
organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara
gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana
disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.
Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin
bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah
s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu
sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan
melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman
dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,
agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit
anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok
awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib
taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.
Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang
menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?
Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan
apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun
suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia
ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali
awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti
awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai
orang wanita meninggal masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah,
awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu
apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita
jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata,
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum
lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu
dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan
berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada
cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan,
pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan
agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda
sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
_copypaste_
No comments:
Post a Comment