winter sonata..

tittle bergerak

Wednesday, 21 August 2013

Pesanan buat mereka yang tidak suka tengok niqabis.

 
(pesanan baik) kepada sesiapa yg tak suka tengok sepupu/sedara/kawan menutup wajahnya iaitu memakai sesuatu yg dipanggil purdah/niqab, minta tolong sangat-sangat janganlah kata apa-apa di hadapan dia...jika anda tidak tahu sekalipun (asal usul niqab itu, apa kaitannya dengan dalil-dalil agama) maka diamlah saja, jangan kata apa-apa kepada dia. sekarang nie...

ramai yang sangat berani menyebut perkataan-perkataan yang tak dapat terbayang di fikiran...i mean...kalaulah Rasulullah s.a.w melintas di hadapan kita dan masa tu ada isteri baginda, isteri baginda berpakaian tutup penuh sehingga nampak dua biji mata je, cuba fikir...berani tak kita pergi kepada isteri baginda s.a.w dan ejek

"hahaa macam ninja.."
"hahaaa nak jadi Taliban ke..."
" haha nak jadi alim tak payah tutup semua macam tu la, ustazah pun tak tutup semua macam tu"

berani tak kita kata macam tu depan Nabi s,a,w dan isteri baginda? tak berani kan?


so..

kalau kita tak tahu niqab /purdah tu apa benda, asal dari mana, dalil-dalil dia, maka kita SENYAP lah sahaja, kalau nak cakap sangat pun ninja ke apa ke, cakap dalam hati sudah, jangan cakap depan muslimah tu (dia ada perasaan)

kalau kita tak tahan sangat, nak cakap jugak, nak kena cakap jugak, maka cakap kat kawan rapat kita sudah (1 orang), bukan cakap depan-depan semua orang lain sampai orang lain yang tak terfikir nak gelak / nak ejek pun dah jadi seronok nak ejek . sama-sama pakat tanggung dosa seksok kena jawab depan Allah sebab ejek pakaian isteri2 rasulullah s.a.w

hina sunnah hina benda dalam agama samalah macam hina agama. hina niqab maka samalah mcm hina serban kopiah janggut jubah dan segala pakaian yang diajar Nabi

diam. jangan cakap apa-apa. mulai hari ni jangan sebut lagi perkataan ninja ke taliban ke perompak ke di HADAPAN seorang niqabis. dia ada perasaan, dia ada telinga. kalau kita tak nak ajar anak isteri kita pakai benda tu, dan kita sendiri pun tak ingin nak pakai, maka jangan perlekehkan orang yang nak pakai. hormat dia, doakan dia istiqamah pakai sampai mati

No comments:

Post a Comment