winter sonata..

tittle bergerak

Monday, 5 August 2013

Cara Solat Sunat Tasbih

bismillah.. ^^ 
~* ALHAMDULILLAH,
Untuk setiap NAFAS hari ini,
ALLAH masih memberikan nikmat IMAN kepada kita..
Sangat BANYAK nikmat yang dapat kita SYUKURI daripada MENGELUH yang lain..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulilah.
Hari ini ramadhan ke 28 dan malam ke 29, malam terawih terakhir sekiranya Hari Raya jatuh pd hari khamis. siapa yg belum buat solat sunat tasbih lg dlm bln ramadhan ni, buatlah hari ni.. jgn lepaskan peluang! moga Allah menerima amalan kita

canne nak wat? ha! nie dia.. selamat mencuba..
 
 
SOLAT SUNAT TASBIH.

1- Rakaat bagi solat tasbih ialah 4 rakaat. Jika dilakukan di siang hari 4 rakaat 1 salam. Jika di malam hari 2 salam.

2- Niat.
Sahaja aku solat sunat Tasbih 2 rakaat/4 rakaat kerana Allah.

3- Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah 75 kali. So jika 4 rakaat semuanya 300 kali tasbih. Dibaca seperti berikut :

- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah & surah = 15 kali tasbih.
- Rukuk = 10 kali tasbih.
- Iktidal = 10 kali tasbih.
- Sujud pertama = 10 kali tasbih.
- Duduk antara 2 sujud = 10 kali tasbih.
- Sujud kedua = 10 kali tasbih.
- Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk di antara 2 sujud = 10 kali tasbih. Ini bagi rakaat pertama.

Rakaat kedua dibaca selepas membaca tasyahhud, baca 10 kali tasbih kemudian baru beri salam. Betul tak semuanya 75 kali tasbih? Cubatryrest kira

4- Fadhilat solat sunat Tasbih.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu Abbas رضي الله عنهما: "Jika kamu melakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosamu, baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama & yang baru, yang tidak disengajakan & yang sengaja, yang kecil & yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.” HR Abu Daud رحمه الله. 
5- Untuk faham lebih lanjut, sila ke youtube & taip "solat sunat Tasbih". Di sana Ustaz Azhar Idrus ada, Syeikh Nuruddin ada & Ustaz Shamsuri pun ada. Sila tonton ya 
_copypaste_

No comments:

Post a Comment