winter sonata..

tittle bergerak

Sunday 20 November 2016

Untukmu




Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

#durani

#liriklaguuntukmu

Saturday 19 November 2016

Infiru!!



jika kita rasa kita penat.
jangan gelabah. cool.
ada yang lebih penat Dari penat kita
senyum

jika kita rasa kita sibuk
jangan gelabah. cool.
ada yang lebih sibuk Dari kita.
sampai terpaksa pergi
satu negeri ke satu negeri
utk sebarkan Islam
senyum

jika kita rasa tak ada rehat
jangan gelabah. cool
ada orang yang hanya
menggunakan solat sebagai
waktu rehatnya.
senyum

jika kita rasa banyak tanggungjawab
sebagai pelajar, sebagai anak
tanggungjawab dalam persatuan
jangan gelabah. cool
ada yg lebih banyak t/jawabnya.
sebagai ibu, sebagai anak, sebagai pekerja,
dan tanggungjawab lain dalam organisasi.
dia yakin Allah ada
senyum

senyum, senyum Dan terus senyum.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.."

".. mintalah pertolongan drpd Allah dengan sabar Dan solat..."

~muhasabah bersama.

#tintasolehah94

Friday 18 November 2016

1 step to hijrah [1]



"Sejak dua menjak nie kan.. Saya asyik nampak awak mengelamun. Kenapa? Muka awak pon sedih. Tak nak share ke dengan saya? Kata sahabat till jannah. " tanya wardah sambil menghirup air bandungnya itu.

Humairah memandang tepat mata wardah sambil tersenyum. "Wei, muka aku nie nampak sangat ke bermasalah?" monolog Humairah didalam hati.

" awak ni kan, saya tanya awak, awak senyum pulak. Tau la senyuman awak manis macam air bandung saya ni, diabetes saya dibuatnya. Cakap la, apa masalah awak?"

Monday 31 October 2016

1 step to hijrah

           
 


            Malam itu dia menangis semahu-mahunya.  Menangis dalam keadaan sunyi. Tidak mahu mengejutkan teman sebiliknya yang sedang tidur tika itu.  Dia malu. Malu pada Tuhan. Malu pada Allah. Hatinya semakin sesak dengan dosa yang dia lakukan tiap hari. Bertimbun-timbun banyaknya.hatinya tidak tenang.kosong. Ya! Itu adalah hatinya tika ini.  Hatinya seperti…. MATI. Mati sebelum mati . Hari ini baru mahu bertaubat.  Mengenangkan dosa-dosanya, dia menangis lagi. Nangis dalam sujud. Dia merayu dan terus merayu pada Rabbul Izzati...

       " Ya Allah. Aku malu pada-Mu. Aku banyak buat dosa. Banyak sangat Ya Allah. Banyak. Aku memohon ampun kepada-Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.  Kalau Kau tak ampunkan dosaku Ya Allah. Aku termasuk dalam orang-orang yang rugi lagi keji. Ya Allah. Ampunkan aku. Ampunkan Aku."

Mulai esok, dia mahu meninggalkan zaman jahiliyahnya, stop cerita-cerita lagha, stop membazirkan masa, dan stop everything useless.!
"sekali aku berpaling, tidak akan aku pandang lagi. Sayonara jahiliyah."



Malam itu dia tidur beralaskan sejadah dan berselimutkan telekung.

************