Buat para niqabis..
Seorang mawar agama inbox ana dan bertanya tentang purdah,
"Salahkah jika seorang tu dia berpurdah, tetapi sekejap buka sekejap pakai?"
Jawapan ana sebagai seorang hamba Allah yg cetek ilmu:
1. Ana juga berpurdah, tapi buka kerana menjaga hati abah. Jubah sunat, purdah juga sunat, rakan talaqqiku pernah pesan..
"Jika seorang muslimah bertanya tentang purdah kepadamu, katakanlah padanya bahawa pakailah selepas kawin, kenapa?
-akan ada seorang jundullah memberikan bahunya, andai dia di hina oleh orang-orang yang jahil agama di luar sana.
-akan ada seorang 'ayah' yg menggantikan ayahnya, walaupun ayahnya masih hidup, dia akan menasihatimu, seperti seorang ayah.
-akan ada seorang singa Allah yg sentiasa memujimu.
-akan ada seorang putera agama, yg akan tegur "purdah humaira, nampak sengetlah"
-akan sentiasa ada seorang lelaki yg bangga kepadamu, walau dunia memandang mu dengan sinis.
-akan..akan..akan gugur perasaan segan dan malu dalam hatimu, kerana
engkau sentiasa di beri penghargaan oleh seorang pencinta yg setia.
Keluhan hati seorang Hamba Allah
*Allahuakbar.. Moga kita diberi ketabahan & kesabaran yang teguh
dalam menggapai redhanya. Moga istiqamah. Fastabiqul Khoirat!*
No comments:
Post a Comment