harga sebuah malu...
Harga sebuah malu…
Kecantikan itu adalah anugerah kurniaan Allah s.w.t kepada wanita untuk
diperlihatkan hanya kepada yang hak. Dan sebaik-baik hiasan adalah
wanita yang solehah. Jadikanlah malu itu sebagai perisai dikala
menghadapi peperangan. Ingatlah wahai akhawat yang dirahmati sekalian,
tidak rugi anda membela sifat malu itu kerana malu itu sebahagian
daripada iman dan iman itu balasannya adalah SYURGA.
Tetapi,
apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya,
maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri. Kalau
anda pernah mendengar lagu “Puteriku Sayang” dendangan Hijjaz, mesti
anda familiar dengan lirik ini,
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.
Aduhai akhawat yang dihormati sekalian, dirimu terlalu berharga untuk
diperjudikan. Dirimu terlalu bernilai untuk dipermainkan. Dirimu terlalu
mahal untuk berserah kepada yang bukan halal. Bersyukurlah para
muslimah sekalian, Allah sangat kasihkan hambaNya. Dan malu itu Allah
hadiahkan sebagai tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita,
tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.
Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, dan
maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga
rapi, berasa tidak senang ditatap mesra. Andai hilang malu, takutlah dan
sedarlah wahai muslimah. Itu merupakan satu petanda awal bahawa
akhlakmu sedang dieksperimentasi oleh syaitan dan nafsu. Belum terlambat
lagi untuk anda memupuk nilai malu dalam diri. Semoga kita semua
sentiasa berdoa agar berada dibawah peliharaan Allah selalu. Terima
kasih dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Sirru ala
barakatillah..
"Biar kita tidak di hargai,
tetapi masih ada harga diri,
daripada hilang harga diri,
demi untuk di hargai"
No comments:
Post a Comment