winter sonata..

tittle bergerak

Wednesday, 21 August 2013

Pesanan buat mereka yang tidak suka tengok niqabis.

 
(pesanan baik) kepada sesiapa yg tak suka tengok sepupu/sedara/kawan menutup wajahnya iaitu memakai sesuatu yg dipanggil purdah/niqab, minta tolong sangat-sangat janganlah kata apa-apa di hadapan dia...jika anda tidak tahu sekalipun (asal usul niqab itu, apa kaitannya dengan dalil-dalil agama) maka diamlah saja, jangan kata apa-apa kepada dia. sekarang nie...

ramai yang sangat berani menyebut perkataan-perkataan yang tak dapat terbayang di fikiran...i mean...kalaulah Rasulullah s.a.w melintas di hadapan kita dan masa tu ada isteri baginda, isteri baginda berpakaian tutup penuh sehingga nampak dua biji mata je, cuba fikir...berani tak kita pergi kepada isteri baginda s.a.w dan ejek

"hahaa macam ninja.."
"hahaaa nak jadi Taliban ke..."
" haha nak jadi alim tak payah tutup semua macam tu la, ustazah pun tak tutup semua macam tu"

berani tak kita kata macam tu depan Nabi s,a,w dan isteri baginda? tak berani kan?

Tuesday, 6 August 2013

Saya tidak cantik.

SAYA TIDAK CANTIK

Saya tahu saya tidak
cantik..
Tapi, walaupun saya tidak
cantik, saya tetap ada
kelebihan..

★ Kerana saya tidak cantik,
saya tidak jadi korban
gangguan lelaki-lelaki
yang rosak akhlaknya.

★ Kerana saya tidak cantik,
saya dapat pelihara diri
saya daripada pandangan
bernafsu lelaki yang tidak
menjaga pandangannya.

★ Kerana saya tidak cantik,
saya selamat daripada
menjadi senjata iblis
mencairkan iman lelaki.

★ Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mendapat fitnah
dan cemburu daripada
wanita-wanita lain.

★ Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mengharapkan
pujian daripada mana-
mana lelaki dan wanita.

★ Kerana saya tahu.. Saya
tidak cantik pada
pandangan manusia..

★ Maka saya akan
berusaha agar kelihatan
cantik pada ALLAH..
Kerana bukan kecantikan
dunia yang saya kejar...

Tapi KECANTIKAN di akhirat
kelak....
SUBHANALLAH,,,,,,
◆◆ Wahai Sahabat ku,,,

Tidak Mengapa kita tidak cantik di
pandangan Manusia,,,
Namun InsyaAllah kita cantik di pandangan yg maha Esa. .
 Syair arab:
"putih tak semestinya bermaksud cantik,
dan hitam tak pula bermaksud kotor,
herana putihnya kain kafan itu menakutkan,
sedangkan kelambu kain ka'abah yang hitam itu sangat menyenangkan"

Ramadan: i'll be leaving so0n..

 
Ramadhan,
Kau sudah mahu berangkat pergi?

Maafkan aku Ramadhan andai kedatanganmu aku sia-siakan.
Maafkan aku Ramadhan andai kebaikan di dalammu aku lalaikan.
Maafkan aku Ramadhan andai barakahmu tidak aku manfaatkan.
Maafkan aku Ramadhan andai rahmat di dalammu aku abaikan.

Aku malu denganmu Ramadhan.
Bertambah lagi maluku pada Tuhan.

Bimbang andai untuk bertemu lagi tiada kesempatan.
Ku relakan kau pergi dengan penuh pengharapan.
Agar saat kau kembali lagi nanti dapatku sambut dengan penuh kecintaan.

Duhai Ramadhan,
sudikah kau kembali lagi ?
Masih wujudkah lagi aku di muka bumi ini nanti?

Ilahi,
Redhai hambaMu,
Terimalah sedikit amalanku sepanjang Ramadhan ini ~

-wardatillah-
 

Muslimah itu

 
 
Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,

Muslimah itu,
Terkadang gembira sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Monday, 5 August 2013

Ada solehah dalam diriku..



Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.
Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang 'open'. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Zikri. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Zikri, juga tersenyum tipis.
Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.
Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang 'reply'.

Cara Solat Sunat Tasbih

bismillah.. ^^ 
~* ALHAMDULILLAH,
Untuk setiap NAFAS hari ini,
ALLAH masih memberikan nikmat IMAN kepada kita..
Sangat BANYAK nikmat yang dapat kita SYUKURI daripada MENGELUH yang lain..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulilah.
Hari ini ramadhan ke 28 dan malam ke 29, malam terawih terakhir sekiranya Hari Raya jatuh pd hari khamis. siapa yg belum buat solat sunat tasbih lg dlm bln ramadhan ni, buatlah hari ni.. jgn lepaskan peluang! moga Allah menerima amalan kita

canne nak wat? ha! nie dia.. selamat mencuba..
 

Buat para niqabis..



Seorang mawar agama inbox ana dan bertanya tentang purdah,

"Salahkah jika seorang tu dia berpurdah, tetapi sekejap buka sekejap pakai?"

Jawapan ana sebagai seorang hamba Allah yg cetek ilmu:

harga sebuah malu...

Harga sebuah malu…

Kecantikan itu adalah anugerah kurniaan Allah s.w.t kepada wanita untuk diperlihatkan hanya kepada yang hak. Dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah. Jadikanlah malu itu sebagai perisai dikala menghadapi peperangan. Ingatlah wahai akhawat yang dirahmati sekalian, tidak rugi anda membela sifat malu itu kerana malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu balasannya adalah SYURGA.

terlindung tetapi terdedah?

assalamu'alaikum w.b.t.alhamdulillah 'ala kulli hal..allahuma solli 'ala sayidina muhammad..
semoga kita semua berada dalam redha Allah.insha'Allah.amen Allahuma ameen..lama dah dop update blog.alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk update hari nie sempena cuti sem yang panjang~..hehe...jangan lupa doakan untuk para mujahid di palestin syria gaza n malaysia dan di setiap tempat yang sedang berjuang sekarang..
ok ape ye yang dimaksudkan dengan terlindung tapi terdedah?
dah terlindung tu,terlindung la kenape nak terdedah plok yer??
ok selepas ana berhijrah ke dunia asing selama setahun lebih..
banyak yang mengajar ana..^^
alhamdulillah..


Tidak salah untuk bercinta, TAPI...





Tidak salah untuk mencintai, kerana perasaan milik Allah..

Yang salahnya adalah bergantung pada cara bercinta itu sendiri. Beza jauh antara 'MENCINTAI' dan 'BERCINTA'.

Dalam bercinta, hanya cara yang ditunjukkan Rasulullah ﷺ saja yang diterima Allah. Islam itu penuh rahmah dan mudah.

Jika rasa telah cukup syarat dan berkelayakan untuk membina rumah tangga, maka lakukanlah! Jangan tunggu lagi. Tetapi jika belum......

Cadangan saya bagi yang belum mampu bercinta cara Islam (nikah) adalah dengan mengisi waktu dan menjauhi pergaulan bebas. Kita lihat bagaimana sebahagian ulama yang hidup bujang seumur hidup kerana menyibukkan diri dalam perkara akhirat dan ilmu. Tiada masa untuk memikirkan jodoh. Di samping banyakkan berpuasa, kita perlu jauhi & menghalang pergaulan bebas (ikhtilat) antara lelaki dan wanita kerana itulah PUNCA utama masalah couple dan maksiat sekarang ini.

Oleh kerana sering berhubung antara lelaki dan wanita, waktu terbuang, nafsu membuas, syaitan menggoda, lalu terjadilah ia melampiaskan nafsu pada kemungkaran dan pada waktu yang tidak sepatutnya..

Untuk membanteras gejala melampiaskan rasa cinta dengan cara dan waktu yg tak sepatutnya juga adalah dengan mengisi jiwa kita dan mereka dengan cinta Allah dan Rasulullah ﷺ.

Ini kerana jiwa yang kosong dari cinta Rasulullah menyebabkan jiwa mereka terisi dengan cinta yang tidak sepatutnya..

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Saturday, 3 August 2013

Apa lagi yang kamu mahu wahai kaum hawa?!

 
Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Thursday, 1 August 2013

ikhtilat di alam maya

SEDIKIT PERKONGSIAN
TAJUK: IKHTILAT DI ALAM MAYA.

Bismillah...

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.
Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak . Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.