Tip mudah menghafal Al-Quran..
Beberapa
hari lepas, Dr. Shafie Al-Hafiz ( ana sure nama complete beliau, maaf )
dalam radio IKIM berkongsi cerita, pengalaman, tips dan sebagainya
berkaitan Al-Quran.
Jika tidak salah ana medengar, beliau mula
'komit' membaca Al-Quran dengan suka dan rela adalah pada usia 19 tahun,
ketika belajar di Ireland. Mula membaca, menyelak terjemahan-tafsir,
dan kemudiannya mengambil masa sekitar 12 tahun untuk menghafaznya
dengan baik.
Jujur.
Ana
memang berminat malah bercita-cita menghafaz Al-Quran dari kecil, tetapi
bapak ana selalu optimis bahawa, ana boleh menghafaz sendiri sambil
belajar di universiti, maka peluang ke temuduga Darul Quran Jakim hampir
10 tahun dahulu ana gunakan hanya untuk menemani sahabat. Perit. Tapi
ana hormati kemahuan bapak, dan ana sentiasa berusaha membuatkan bapak
rasa berbahagia.
Sehingga kini, belum sempurna hafazan bahkan
pemahaman masih lemah. Agak tersentak dan termuhasabah dengan soalan
yang diajukan, " Ambil Tafsir, tak hafaz Al-Quran? "
Dr. Shafie
berjaya menyuntik semangat ana, bahawa : " Yang menghafaz itu kerja
ana, yang memberikan dan menguatkan ingatan, mengizinkan hafazan itu
kerja Tuhan, maka buat kerja sendiri, jangan amik bidang kerja Tuhan !
- Baca. Faham. Hafaz. Ulang -
Pesan Dr. Shafie, dalam Ramadhan ini, perbanyakkan 4 doa ini
(sekitarnya), " Ya Allah, berikan saya kemudahan dalam membaca Al-Quran.
Ya Allah, berikan saya kemudahan dalam memahami Al-Quran. Ya Allah,
berikan saya peluang untuk menghafaz Al-Quran. Ya Allah jadikanlah saya
dan pasangan serta anak-anak keturunan kami daripada kalangan hamba-Mu
yang menghafaz Al-Quran. "
Tidak mengapalah walaupun sudah tua.
Kita usaha juga, semoga cita-cita berjaya tamam 30 juzu' sebelum mati,
diperkenankah Allah. Ameen.
Mari berusaha
* Oh.
Menulis status ini mengingatkan ana kepada Ibu Wiwi Wirianingsih dan
Bapak Tamim, dari Indonesia. Mereka berdua sungguhpun tidak menjadi
hamlah Al-Quran, tetapi masyaAllah dikurniakan Allah 10 anak-anak yang
kesemuanya menghafaz Al-Quran !
Berusaha untuk diri sendiri.
Jika Allah tidak memilih diri sendiri untuk menghafaz, mari berusaha
meletakkan ibu Wiwi sebagai inspirasi
Ramadhan ni, mari doa banyak-banyak, perkenankanlah Ya Allah ! Ameen !
- Nony Imtiyaz -
tip untuk menghafal Al-Quran yang ana copy.. moga mmberi manfaat bersama.. insyaALLAH
Tips Mudah Menghafaz al-Quran
1.DOA PEMBUKA
Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz
al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah
walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa
hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah
2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.
--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak
hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus
utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita
mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar
bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang
daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan
meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa
yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM
3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut
sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat
kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan
lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat
kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat
ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat
pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke
ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.
4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.
Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal
satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan
hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal
diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran
seterusnya...
5.DOA PENUTUP
Sebagai penutup kepada
hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran
banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar
hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa
rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu
ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH
jumpa..WALLAHUA'LAM.
5.TASMIK.
Pelajar yang memang
menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya
masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi
yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa
disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit
lapang sekitar 1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik
adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan
selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan
dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita
wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam
menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada
orang lain sedang mendengar.
_copy paste.
No comments:
Post a Comment