winter sonata..

tittle bergerak

Monday, 29 July 2013

Ada apa dengan Lailatul Qadar


  Kita sudah memasuki Grand Finale Ramadhan. Sama ada laki atau wanita, sebelum datang kematian, sakit, uzur, haid..Mulakan dengan niat dan azam, contohnya, niatkan ingin hafaz 30 juzu' (bagi yang belum hafaz), niat ulang 30 juzu' (bagi yg dah hafaz), niat khatamkan baca 30 juzuk, taubat nasuha, sedeqah sebanyak mungkin, jadi suami & isteri serta parents yang soleh & banyak lagi. MULAKAN niat SEMUA AMALAN HEBAT DAN BAIK. Kemudian mulakan langkah pertama..Insha Allah ia dikira sebagai amalan penuh walau akhirnya kita tidak sempat menamatkannya. Itulah rahmat dan belasnya Allah kepada hambanya. Itulah kehebatan niat ikhlas dan azam yang soleh.
 
Moga kita dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.. Selamat 'memburu'! :D
 
 



Tanda Malam Lailatul Qadar

PERTAMA, udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

|| “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh/terpercaya)

KEDUA, malaikat turun dengan membawa ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

KETIGA, manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.

KEEMPAT, matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

|| ”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim no. 1174)

(Kredit: ummuyusufabdurrahman.wordpress.com)


 

Dari Aisyah r.a., katanya: "Nabi s.a.w., biasanya apabila tiba sepuluh (yg akhir daripada bulan Ramadhan), beliau ikatkan sarungnya erat-2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya." -Sahih Bukhari jilid II, no.966

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan." - Sahih Bukhari jilid II, no.994

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar itu berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yg terakhir (dari bulan itu)." - Sahih Bukhari jilid II, no.995

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Ia satu malam yg tenang, lapang, luas tiada batasan. Tidak panas dan tidak sejuk. Di waktu paginya matahari muncul dengan merah yg lemah." -riwayat Abu Daud al-Toyalisa

*Malam al-Qadar atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar adalah malam yg lebih baik daripada seribu malam kerana pada malam tersebut Al-Quran diturunkan. "Bulan Ramadhan yg padanya diturunkan Al-Quran pertunjuk kepada manusia.." (Al-Baqarah:185), 'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran itu pada malam al-Qadar." (Al-Qadr:1)

-Moga manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan melipat gandakan amalan kita-


 LAILATUL QADAR MALAM KEMULIAAN.
MALAM BERNILAI SERIBU BULAN .

Di dalam sebuah Hadith Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Pada malam Lailatul Qadar ada empat bendera yang turunkan :
1. Bendera PUJIAN.
2. Bendera AMPUNAN.
3. Bendera KASIH SAYANG.
4. Bendera KEMULIAAN.

Dan beserta dengan tiap-tiap bendera itu ada sebanyak tujuh puluh ribu Malaikat.
Di atas tiap-tiap bendera tertulis :
Laa ilaaha illallaahu Muhammaddhun Rasulullahi.
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa pada malam itu membaca : Laa ilaaha illallaahu Muhammaddhun Rasulullahi sebanyak tiga kali .
Maka dia di ampunkan dengan satu kali di selamatkan dari Neraka dan dengan satu kali lagi di masukkan ke dalam Syurga .

Maka bendera PUJIAN di dirikan antara langit dan bumi .
Bendera AMPUNAN di dirikan di atas kubur Nabi.
Bendera KASIH SAYANG di dirikan di atas Kaabah yang di berkati.
Bendera KEMULIAAN di dirikan di atas batu besar di Baitil Maqdis.
Dan tiap-tiap satu dari Malaikat pada malam itu turun di pintu orang islam tujuh puluh kali serta bersalam kepada mereka.

( Al-Hadith) KITAB SUNAANIYYATUN.


 4 Golongan yang Allah tidak pandang pada malam lailatulqadar:

Golongan pertama ialah golongan orang yang minum arak dan tidak ada sedikit rasa untuk bertaubat kepada Allah. Kenapa orang yang minum arak tergolong dalam kalangan ini adalah kerana meminum arak itu adalah kunci segala perbuatan jahat, memang mudah melakukan perkara mungkar.

  Orang yang minum arak akan rugi kerana pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari. Jadi bayangkan la itu untuk hari-hari biasa. Inikan pula malam lailatul qadar.

  Golongan kedua ialah golongan anak derhaka kepada kedua ibu bapanya. Di dalam Islam peranan ibu bapa adalah sangat besar, anak-anak wajib mentaati kedua ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. seorang anak tidak akan mendapat keredhaan Allah taala, sebelum mendapat redha dari ibu bapanya.

  Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Keredhaan Allah bergantung pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)

  Kita kena sedar pada hakikatnya tanpa ibu bapa, siapa la kita sebenarnya.Jadi, cepat-cepat la minta maaf dengan ibu bapa atas salah silap yang mungkin kita anggap kecil tapi pada ibu bapa kita tak tahu apa perasaan mereka.

  Golongan ketiga ialah mereka yang tidak bertegur sapa saudaranya hingga lebih 3 hari. Andai ada permusuhan atau tidak puas hati antara kawan-kawan, ipar duai, sedara mara. Cepat-cepat la minta maaf.

  Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Siapa yang tidak bertegur sapa akan seseorang Muslim selama 3 hari, maka matinya masuk neraka." (Riwayat Muslim)

  Golongan keempat ialah manusia yang memutuskan hubungan silaturrahim. Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah taala, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang.Islam menekankan aspek menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim akan memberikan risiko yang amat besar bukan setakat didunia malah di akhirat kelak.

  Rasulullah SAWbersabda maksudnya : "Siapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No comments:

Post a Comment