TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan.
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan
penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan
usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya
serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai
majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah
oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan
bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki
ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk
ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain,
ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini
seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran
& mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan
al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman
karib.
6) Apabila hati sudah semakin
kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk
berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk
memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha
(mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati,
seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak
menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai
dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung
bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke
dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk
memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8)Setelah semakin selesa, mulalah
memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini
kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya,
tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna.
Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus
sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga
penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah
(berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak
dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia
untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan
berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah
dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta
mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain
tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
No comments:
Post a Comment