Monday, 29 July 2013
KeraNa kaU biDadaRi..
"Umi, kita dah ‘confirm’ balik 7 Disember ni tau, nanti Ummi dan Waliq tunggu kita tau, kita rinnnndu sangat nak jumpa Ummi, Waliq, adik-adik dan sanak saudara”, ujur diriku di corong telefon.
“Ye ke nak Ummi tunggu? Kan awak dah ada someone istimewa”, usik Ummi sambil tergelak manja.
“InsyAllah, Ummi dan Waliq akan sambut kepulangan awak, tapi kalau Ummi tak datang pun, awak janganlah bersedih hati”, sambung ummi dengan nada bergurau.
“Ummi..”
“Ish ish ish.. Anak Ummi sorang ni, manja betul. Awak tu dah besar. Kena berdikari. Awak ada tanggungjawab pada keluarga tau, jadi awak tak boleh nak bergantung dengan Ummi selalu”, tegas Ummi.
“Kita tahu tu Ummi. Ummi macam tak sudi je nak jemput kita”, balas aku yang kononnya merajuk.
Tikkkkkkkkkkkkk. Tiba-tiba panggilan terputus. Inilah situasi biasa yang aku alami, maklumlah perlu merentasi benua untuk berhubung.
Aku menghitung hari untuk pulang ke Malaysia setelah dua tahun menyambung pelajaran, menimba pengalaman di bumi asing. Pastinya perasaan gembira dan sedih bercampur baur dek meninggalkan bumi Australia ini.
Banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat disini. Banyak pengalaman yang aku selami disini.
Hari yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai di tanah air tercinta. Aku mencari dan terus mencari, namun tiada siapa yang ku kenali.
“Ummi dan Waliq tak ingat ke”, detik hati kecil ini.
“Ataupun mereka nak buat ‘surprised’”, aku memujuk hati.
Tiba-tiba teringat kata-kata Ummi supaya aku berdikari. Aku membuat keputusan untuk menaiki teksi.
“Mardhiah Sakinah”, terdengar orang memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang, ku lihat seorang lelaki.
“Ye saya. Siapa awak dan kenapa awak di sini”, tegur ku tegas.
“Furqan Firdaus, saya datang menjemput awak”, jawabnya.
Terbeliak biji mata aku memandangnya. Furqan Firdaus, nama yang sering keluar dari mulut Ummi.
“Apa awak buat kat sini?”, tanyaku kepadanya sekali lagi
“Saya datang nak ambil awak la, your parents ask me to do so”, jawabnya.
“What?”, aku menarik nafas panjang. ‘Ni ke surprise yang Ummi dan Waliq buat untuk aku’, hati kecil bermonolog sendiri.
“Cepat la sikit, semua orang menanti awak”, dia seolah menggesa aku.
“Saya rela naik teksi. Saya tak kenal awak. Lagipun kita hanya dua orang, pasti ada orang ketiga”, sambungku.
“Saya tahu, dan awak ingat ni ke yang saya minta. Soal ikhtilat, menjaga hati saya pun faham. Nanti la saya jelaskan tapi awak memang kena ikut saya”, nadanya sangat menggesa.
Aku tidak punya pilihan. Aku mengikutnya.
Aku hanya diam di dalam kereta. Dia kelihatan resah, seperti ada sesuatu yang mahu disampaikannya.
“Ummi dan Waliq kemalangan”, dia bersuara. Nadanya menggigil-gigil.
Aku kelu tanpa bicara. Air mata membasahi pipi. “Innalillah hi wa inna ilai hirajiuun”.
“Macam mana keadaan Ummi dan Waliq?”, aku kuatkan diri membuka mulut.
Dia tidak memberi apa-apa jawapan. Aku mula membina kekuatan, andai ini suratan aku terima, aku pasrah segalanya.
Setelah sampai di perkarangan hospital, adik-adik segara mendapatkan aku. Ku peluk mereka erat-erat, ku kucup mereka dengan penuh kasih sayang.
“Macam mana keadaan Ummi dan Waliq, Pak Ngah?”, aku bersuara.
Pak ngah menitiskan air mata dan terdiam.
Dengan suara yang menggeletar, pak ngah bersuara, “Doktor kata keadaan Waliq stabil, tapi Ummi masih dalam bilik pembedahan”.
Melihat lampu bilik pembedahan ditutup, semua sanak saudara segera mendapatkan doktor tersebut. Aku masih di bangku, memeluk adik-adikku.
“Keadaan Puan Rozita masih koma dan…”, doktor itu terdiam.
“Dan apa doktor?”, gesa datuk ku.
“Dia berkemungkinan lumpuh sepanjang hidupnya”. Suasana menjadi bertambah pilu.
Aku panjatkan doa moga Ummi tabah.
“Ada sesiapa bernama Sakinah?” kedengaran suara seorang jururawat.
“Ye saya”..
“Pesakit memanggil nama awak”, jawab jururawat tersebut.
Aku dan sanak saudara yang lain agak terkejut dengan perubahan ‘kritikal’ Waliq.
Perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik Waliq, aku memberi salam.
Segera mendapatkan Waliq, memeluk dan mengucupnya. Waliq tersenyum sambil air mata membasahi pipi.
Menggeletar suaranya mahu menyatakan sesuatu kepada aku tetapi Waliq tiada upaya. Dia memberi isyarat dengan meletakkan tangan di dadanya, kemudian membuat bentuk hati. Aku pasti Waliq ingin menyatakan dia sayang kami semua. Kemudian dia menadah tangan. Aku menjangkakan dia akan tetap mendoakan kami dan kami pun perlu mendoakannya. Reaksi Waliq yang terakhir agak mengejutkan aku.
“A…kak…jan..ji…a..kan…ja..ga Ummm..mi..a..dik..dikk..” suara Waliq terputus-putus. Waliq kelihatan menarik nafas panjang, penuh kesakitan. Aku mengajarkan Waliq mengucap dan segera mendapatkan jururawat. Kemudian, adik-adikku dan sanak saudara segera berlari mendapatkan Waliq.
“Waliq tak boleh pergi dulu, kami tak boleh hidup tanpa Waliq”, adik lelakiku bersuara.
Firdaus memujuknya. Aku terkulai layu. Memikirkan keadaan Ummi, aku buntu. Apa yang akan aku jawab nanti. Hanya satu doaku, moga Ummi sedarkan diri sebelum jenazah Waliq dikebumikan. Ummi pasti mahu mengucup suaminya yang tercinta.
“Abang ngah bawa la adik-adik balik dulu, biar akak yang tunggu Ummi dan jenazah Waliq. Nanti Abang Ngah tolong siapkan rumah ye. Soal pengebumian Waliq, Pak Ngah dan Atuk yang uruskan”, pujukku.
Firdaus menanti untuk menghantar mereka. Menemani Ummi, berada disisinya sepanjang malam. Doa tidak pernah putus.
“Ummi, akak tahu, Ummi boleh dengar. Allah lagi sayangkan Waliq, Ummi. Waliq pergi selamanya. Waliq ke siapa-siapa hanyalah pinjaman kan. Ummi kene tabah tahu. Akak akan kuat kalau Ummi kuat. Akak janji Ummi, akan ambil tanggungjawab Waliq. Ummi tidak perlu risau. Ummi berehat ye”, aku sudah kelu.
Tiba-tiba pipi Ummi basah. Aku pasti Ummi mengerti.
Pengebumiaan Waliq telah sudah berlalu tapi Ummi masih dalam keadaan koma. Salah satu amalan yang akan mengiringi seorang anak Adam adalah doa anak yang soleh. Pesanku buat adik-adik, jangan lupa doakan arwah Waliq dan kesejahteraan Ummi.
Kehidupanku berlalu sehari demi sehari tanpa Waliq dan Ummi disisi. Ianya terlalu sukar tapi pastinya ada hikmah, kerana Dia tahu ini yang terbaik buat kami. Aku memohon untuk ‘posting’ di bumi Kelantan jugak demi memudahkan urusan keluarga. Berbekalkan pertolongan sahabat lama Waliq, Alhamdulillah aku bertugas berhampiran dengan kampung halamanku, 20 minit dari kediaman kami. Rutin harianku, seperti seorang ibu tunggal. Memasak, mempersiapkan adik-adik ke sekolah, menanggung perbelanjaan adik lelaki di Universiti Malaya, menjenguk Ummi di hospital, mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah.
Dek kesibukan yang melanda, aku terlupa soal perkahwinan dengan Furqan Firdaus, lelaki yang warak lagi alim. Sudah 5 bulan kami bertunang.
Namun suatu malam aku bermimpi, Waliq datang berbicara denganku.
“Mardiah Sakinah, dirimu terlalu istimewa. Kau tidak pernah mengecewakan Waliq. Kau sanggup lakukan apa sahaja demi kami. Andai jodohmu di disini nak, yakinlah kau pastinya wildan di syurga kelak kerana kau bidadari itu”.
Aku terjaga dari mimpi. Segera berwuduk dan menunaikan qiammuilail. Aku yakin ia membawa suatu petanda. Satu keputusan telah aku putuskan.
Beberapa hari selepas kejadiaan itu, aku menceritakannya kepada ibu Firdaus sambil di dengari oleh ahli keluarganya, yang benar-benar mahu berbesan dengan Waliq dan Ummi. Alhamdulillah mereka menerima baik dan dengan hati yang penuh terbuka keputusan yang aku buat untuk memutuskan pertunangan kami dan seterusnya membatalkan segala perancangan kami.
Bulan demi bulan kami adik beradik lalui sebagai anak yatim yang separuh piatu, tibalah saat yang kami tunggu. Aku mendapat panggilan telefon dari pihak hospital bahawasanya Ummi telah sedarkan diri. Aku segera mendapatkan Ummi di hospital. Setelah beberapa hari mendapatkan rawatan lanjutan, Ummi dibenarkan pulang. Biar Ummi lumpuh tapi jiwanya tidak pernah lumpuh. Hidup kami kembali ceria, namun aku dikejutkan dengan satu berita oleh Ummi, Firdaus telah dijemput Illahi beberapa bulan yang lalu.
Ummi memberitahu, dia selalu menjenguk Ummi dan memberitahu yang dia sangat hormat dan kagum pada diriku. Pada hari terakhir dia bertemu dengan Ummi, dia menyatakan dia menghidap barah otak yang baru diketahuinya dan pada saat itu ianya telah di tahap kritikal. Ungkapan terakhir darinya,
“Ummi, mesti sejukkan mengandungkan anak seperti Sakinah. Biar kami tidak pernah menyintai satu sama lain, namun saya merasa saya adalah insan yang cukup bertuah kerana Allah memilih saya dalam jutaan lelaki untuk menjadi tunangnya suatu masa dahulu. Satu pesan saya, sampaikan salam saya buat dia kerana saya tak nak dia tahu soal kematian saya. Cukuplah kesedihan dan penderitaan yang dia tanggung. Saya juga rasa cukup bertuah bertemu Ummi dan arwah Waliq, terima kasih dan Assalamualaikum”
Aku menangis mendengar ungkapan itu. Aku tidak pernah melayannya dengan baik. Kerana aku bimbang aku terjerat dalam percintaan. Aku tetap bersyukur atas segalanya. Pasti Kau mahu mengajarkan aku sesuatu ya Allah, Tuhan Maha Agung, Maha Kaya, Maha Kuasa...
copy dr akk Cik khazinatul asrar..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment