winter sonata..

tittle bergerak

Monday, 29 July 2013

Raudhatus Sakinah




Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.

Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan....lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..

KeraNa kaU biDadaRi..




"Umi, kita dah ‘confirm’ balik 7 Disember ni tau, nanti Ummi dan Waliq tunggu kita tau, kita rinnnndu sangat nak jumpa Ummi, Waliq, adik-adik dan sanak saudara”, ujur diriku di corong telefon.
“Ye ke nak Ummi tunggu? Kan awak dah ada someone istimewa”, usik Ummi sambil tergelak manja.
“InsyAllah, Ummi dan Waliq akan sambut kepulangan awak, tapi kalau Ummi tak datang pun, awak janganlah bersedih hati”, sambung ummi dengan nada bergurau.

Ada apa dengan Lailatul Qadar


  Kita sudah memasuki Grand Finale Ramadhan. Sama ada laki atau wanita, sebelum datang kematian, sakit, uzur, haid..Mulakan dengan niat dan azam, contohnya, niatkan ingin hafaz 30 juzu' (bagi yang belum hafaz), niat ulang 30 juzu' (bagi yg dah hafaz), niat khatamkan baca 30 juzuk, taubat nasuha, sedeqah sebanyak mungkin, jadi suami & isteri serta parents yang soleh & banyak lagi. MULAKAN niat SEMUA AMALAN HEBAT DAN BAIK. Kemudian mulakan langkah pertama..Insha Allah ia dikira sebagai amalan penuh walau akhirnya kita tidak sempat menamatkannya. Itulah rahmat dan belasnya Allah kepada hambanya. Itulah kehebatan niat ikhlas dan azam yang soleh.
 
Moga kita dapat bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.. Selamat 'memburu'! :D
 
 


[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

 TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. 

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

 7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

 8)Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Allah yang menggerakkan hati dan Dia juga yang menahannya







   
Allah yang menggerakkan hati dan dia jua yang menahannya. Untuk baca sampai ke akhirnya. Moga Allah lembutkan hati.

Bilamana kau tak seperti mereka,
Tak dirias gincu, dan tidak pun bedak penyeri wajah,
Bilamana kadangkala, kau pun sering terlihat pucat,

Bilamana mereka bergelak ketawa sekuat hati,
Dan kau hanya mampu senyum nipis, segaris cuma,
Menahan ketawa terbahak-bahak,
Menahan dalam hati.

Dan bilamana kau ingin sekali menjerit memanggil sahabatmu dari jauh,
Dan kau pun melihat sekelilingmu,
Bidadari dunia tidak menjerit,
Dan kau pun mengejar mereka,
Kadangkala kejaran itu tidak cukup lantas kau berdiri kaku,
melihat mereka pergi,
kerana kau tak mampu pun untuk menjerit,

Bilamana kau berusaha sangat menjaga pandangan,
Menjaga pandangan engkau dan mereka,
Duduk di kerusi tepi sekali, jauh dari muslimin,
Jauh dari pandangan mereka.

Bilamana kau rasa sangat tidak selesa.
Bila muslimin duduk di belakang,
Bila mereka berjalan di belakang kamu,
Bila mereka memandang tanpa kerdip,
Betapa ingin kau menolak mereka untuk duduk di hadapan,
Untuk berjalan di hadapanmu,
Betapa ingin sangat kau pergi ke mereka dan katakan saja,
"Akhi, tundukkan pandangan"

Tip mudah menghafal Al-Quran..

Beberapa hari lepas, Dr. Shafie Al-Hafiz ( ana sure nama complete beliau, maaf ) dalam radio IKIM berkongsi cerita, pengalaman, tips dan sebagainya berkaitan Al-Quran.

Jika tidak salah ana medengar, beliau mula 'komit' membaca Al-Quran dengan suka dan rela adalah pada usia 19 tahun, ketika belajar di Ireland. Mula membaca, menyelak terjemahan-tafsir, dan kemudiannya mengambil masa sekitar 12 tahun untuk menghafaznya dengan baik.

Jujur.
Ana memang berminat malah bercita-cita menghafaz Al-Quran dari kecil, tetapi bapak ana selalu optimis bahawa, ana boleh menghafaz sendiri sambil belajar di universiti, maka peluang ke temuduga Darul Quran Jakim hampir 10 tahun dahulu ana gunakan hanya untuk menemani sahabat. Perit. Tapi ana hormati kemahuan bapak, dan ana sentiasa berusaha membuatkan bapak rasa berbahagia.

Sehingga kini, belum sempurna hafazan bahkan pemahaman masih lemah. Agak tersentak dan termuhasabah dengan soalan yang diajukan, " Ambil Tafsir, tak hafaz Al-Quran? "

Dr. Shafie berjaya menyuntik semangat ana, bahawa : " Yang menghafaz itu kerja ana, yang memberikan dan menguatkan ingatan, mengizinkan hafazan itu kerja Tuhan, maka buat kerja sendiri, jangan amik bidang kerja Tuhan ! 
- Baca. Faham. Hafaz. Ulang -

Pesan Dr. Shafie, dalam Ramadhan ini, perbanyakkan 4 doa ini (sekitarnya), " Ya Allah, berikan saya kemudahan dalam membaca Al-Quran. Ya Allah, berikan saya kemudahan dalam memahami Al-Quran. Ya Allah, berikan saya peluang untuk menghafaz Al-Quran. Ya Allah jadikanlah saya dan pasangan serta anak-anak keturunan kami daripada kalangan hamba-Mu yang menghafaz Al-Quran. "

Tidak mengapalah walaupun sudah tua. Kita usaha juga, semoga cita-cita berjaya tamam 30 juzu' sebelum mati, diperkenankah Allah. Ameen.

Mari berusaha

* Oh. Menulis status ini mengingatkan ana kepada Ibu Wiwi Wirianingsih dan Bapak Tamim, dari Indonesia. Mereka berdua sungguhpun tidak menjadi hamlah Al-Quran, tetapi masyaAllah dikurniakan Allah 10 anak-anak yang kesemuanya menghafaz Al-Quran !

Berusaha untuk diri sendiri. Jika Allah tidak memilih diri sendiri untuk menghafaz, mari berusaha meletakkan ibu Wiwi sebagai inspirasi

Ramadhan ni, mari doa banyak-banyak, perkenankanlah Ya Allah ! Ameen !

- Nony Imtiyaz -
tip untuk menghafal Al-Quran yang ana copy.. moga mmberi manfaat bersama.. insyaALLAH