winter sonata..

tittle bergerak

Friday, 18 November 2016

1 step to hijrah [1]



"Sejak dua menjak nie kan.. Saya asyik nampak awak mengelamun. Kenapa? Muka awak pon sedih. Tak nak share ke dengan saya? Kata sahabat till jannah. " tanya wardah sambil menghirup air bandungnya itu.

Humairah memandang tepat mata wardah sambil tersenyum. "Wei, muka aku nie nampak sangat ke bermasalah?" monolog Humairah didalam hati.

" awak ni kan, saya tanya awak, awak senyum pulak. Tau la senyuman awak manis macam air bandung saya ni, diabetes saya dibuatnya. Cakap la, apa masalah awak?"


"hahaha, awak ni, kesitu pula perginya. Tak la.. Mana ada masalah. Don’t worry! I was strong enough" sambil membuat tangan sado.

"dah la, tak payah nak kelentong sangat la.. Saya kenal awak sejak first sem tau. Sekarang nak sem akhir dah! Cuba kira berapa tahun? Hampir tiga tahun tau." Wardah menunjukkan angka 3 jari betul-betul tepat  pada wajah  Humairah.

"ish! Tau la. Saya pon dah tak boleh kira dah berapa kali awak cakap benda yang sama pada saya bila saya ada masalah. Hahaha"

Wardah mencebik. Memalingkan muka tanda protes a.k.a merajuk. Humairah hanya mengeleng sahaja melihat reaksi sahabatnya itu. "haish! Tak padan dengan umur." Humairah mengusik lagi. Makin mungcung la mulut si Wardah tu, sudah boleh di buat ampaian.

"WEHHH!!" Humairah sedikit menjerit sambil menampar tangan sahabatnya itu."

"Oh mak Kau Melolong, Di tolong, tertolong!" hahaha, Humairah tergelak terbahak-bahak sambil menekan perutnye yang senak. Orang awam yang berada di kafe itu memandang kearah mereka berdua sambil menggelengkan kepala.

"astagfirullah al adzim. Awak nie, kelakar la.. Melatah rupanya.. Hahaha.. Teruk pula saya gelak tadi sampai ada yang pandang, astagfirullah al adzim..ish3" Humairah cuba mengawal gelaknya yang berbaki.

"awak nie laaaa! Sapa suruh terperanjatkan saya! Malu tau tak dekat orang sebelah tadi. Dia gelak tau tak. " wardah menutup mukanya kerana terlalu malu.

"sorry la, saya terkejut sangat, cuba awak tengok jam pukul berapa?hari ni kan ada iftar dekat surau. Kita ni tak nak tolong AJK lain ke buat kerja. Aduh!"

"ALLAH, saya lupa lah. Buzy kot siapkan FYP sampai tak ingat hari ini hari apa. Astagfirullah.. " Wardah menepok dahinya kerana terlupa.

Mereka mengangkat pinggan dan cawan yang digunakan kedalam baldi yang disediakan. Meja yang tertumpah air tadi mereka lap dengan tisu yang ada di kafe tersebut. Teringat akan kisah yang pernah diceritakan semasa tazkirah maghrib di surau tersebut.

 Kisahnya begini.
Ada seorang pakcik ni, setiap hari dia akan sarapan di kedai[ tak ingat kedai apa]. Dan kedai tersebut, setiap pagi akan dipenuhi dengan pelanggan yang berbilang bangsa, Melayu, india mahupun cina. Berbilang bangsa.Nak dikatakan kedai nie memag sedap lah, tu yang ramai pelanggan tu. Tabiat pakcik ni, dia lepas makan pasti akan kemas pinggan yang digunakan. Yang tumpah dia lap,kerusi dia susun ketempat asal. memang kemas la ceritanya, pelayan dekat situ pon gembira sebab senang kerjanya. Datang kemeja pakcik tu hanya mengangkat pinggan dan cawan yang digunakan je, sebabnya yang lain dah settle. Setiap hari pakcik tu akan buat perkara yang sama, sampai la satu hari tu, Pelayan tu [not yet muslim] dia jumpa pakcik tu dan sembang. Nak memendekkan cerita. Pelayan tu masuk Islam disebabkan Akhlak yang ditonjolkan oleh pakcik tadi.

Jadi moral of the story:
  1. Tunjukkan akhlak yang baik. Contohi akhlak Rasulullah S.a.w
"sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran"
    2.   Nak berdakwah tak semestinya perlu berkata-kata, tak semestinya perlu menjadi ustaz, ustazah, tak semestinya ambil jurusan agama.
          Menunjukkan akhlak yang baik juga adalah suatu dakwah. Dakwah bil hal.
          " sesiapa yang menyebut lailaha illallah, dia adalah seorang dai'e" - jadi, dakwah ini tanggungjawab semua. Tanggungjawab bersama.

 Setelah meja dan kerusi kemas, baru mereka beredar sambil tersenyum puas.

 Sambil berjalan menuju ke surau, wardah bertanya. "awak, awak terlupa sesuatu"

"ha? Saya tertinggal apa?" Humairah memberhentikan langkahnya. Handpone ada, beg duit ada, kad matrik ada.. Apa yang tertinggal eh? Monolog humairah didalam hati.

"Saya tertinggal apa awak?" Humairah tidak dapat mengenalpasti apa yang dimaksudkan oleh Wardah. Wardah terkekekeh, menahan tawa.

"saya tak cakap pun awak tertinggal barang. Awak terlupa nak jawab soalan saya tadi. Hahah kelakarla saya tengok awak kelam kabut cari barang. Macam apa daaa."

"Kureng Asem garem punya sahabat! Saja kenekan kita yeee. Tengok la esok-esok, " sambil menunjukkan penumbuknya. Wardah ketawa melihat reaksi sahabatnya.

"Eh! Tapikan, saya nak tanya awak la.. Kenapa awak melatah panjang bebeno.. Apa? Melolong? tolong? Haha kelakar la." Humairah memancing Wardah keluar dari topik yang sepatutnya.

"ish! Awak nie, ingatkan saya situasi tadi, ketuk karang! Dah terkejut. Nak buat macam mana.Apa-apa pon boleh terkeluar tau!." Wardah mencebik.

"Cuba tukar perkataan melatah tu. Contoh macam , Oh Allah, MasyaAllah, Allahuakbar. Kan dapat pahala. Nie tak, ada yang saya pernah terdengar dia melatah sebut benda-benda yang tak patut pula tu. Menca***. Ish3! Astagfirullah." Bebel Humairah panjang berjela.

"awak nie, melatah mana bole nak pilih apa-apa ayat, dia terkeluar berdasarkan apa yang kita tengah fikir." Bantah Wardah.

"Nope! Tak setuju. Tu menunjukkan orang tersebut tak biasa menyebut ALLAH. Sebab saya pernah tengok makcik nie, dia melatah, dia sebut Allah. Paling panjang pon dia sebut  lailaha illallah. Tapi awak punya lagi panjang. Haha. Okeh! Back to the topic! Saya tertanya-tanya juga macam mana dia bole melatah dengan menyebut nama Allah. Rupa-rupanya, mulut dia nie sentiasa berzikir. Jadi bila terkejut, automatik muutnya menyebut Allah." Panjang lebar Humairah menerangkan.

"Perghh! Sentap beb. Sakitnya tuh di sini, didalam hati ku" Wardah sempat menyanyi sambil tangannya memegang dada.

"ada-ada je la awak nie." Humairah tersenyum meneruskan jalan menuju surau. Senyumnye bersebab. Dari jauh, terlihat surau berwarna hijau apple yang sederhana tetapi indah dipandang. "Alhamdulillah, lupa juga dia tentang soalannya awal-awal tadi. Tak apa la wardah, biarlah masalah ini aku dan Allah je yang tahu, Cukuplah Allah sebagai pembantuku, cukuplah Allah sebagai tempat mengadu, Without Allah, totally I'm nothing. Thanks Allah for everything and please make me strong.."

Surah Al- Baqarah : 286
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…."

                     " Jika kenangan itu debu, mudah untuk aku hembus jauh-jauh

                            tetapi, kenangan itu udara yang perginya tetap ada "

No comments:

Post a Comment