winter sonata..

tittle bergerak

Monday, 31 October 2016

1 step to hijrah

           
 


            Malam itu dia menangis semahu-mahunya.  Menangis dalam keadaan sunyi. Tidak mahu mengejutkan teman sebiliknya yang sedang tidur tika itu.  Dia malu. Malu pada Tuhan. Malu pada Allah. Hatinya semakin sesak dengan dosa yang dia lakukan tiap hari. Bertimbun-timbun banyaknya.hatinya tidak tenang.kosong. Ya! Itu adalah hatinya tika ini.  Hatinya seperti…. MATI. Mati sebelum mati . Hari ini baru mahu bertaubat.  Mengenangkan dosa-dosanya, dia menangis lagi. Nangis dalam sujud. Dia merayu dan terus merayu pada Rabbul Izzati...

       " Ya Allah. Aku malu pada-Mu. Aku banyak buat dosa. Banyak sangat Ya Allah. Banyak. Aku memohon ampun kepada-Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.  Kalau Kau tak ampunkan dosaku Ya Allah. Aku termasuk dalam orang-orang yang rugi lagi keji. Ya Allah. Ampunkan aku. Ampunkan Aku."

Mulai esok, dia mahu meninggalkan zaman jahiliyahnya, stop cerita-cerita lagha, stop membazirkan masa, dan stop everything useless.!
"sekali aku berpaling, tidak akan aku pandang lagi. Sayonara jahiliyah."



Malam itu dia tidur beralaskan sejadah dan berselimutkan telekung.

************


     Tika itu dia berada di masjid An-Nur.  Dia termenung.  Pandangannya seolah-olah menembusi  dinding masjid tersebut. Dia teringat ceramah yang dihadirinya

" When you remember ME(Allah) , I will remember you.
 When you forget ME(Allah), I'm still remember you.

Dengar saja ayat itu,badannya terus bergetar hebat.  air matanya menitis laju.  Terus menyusuk kalbu.

"ya Allah, kenapa Kau baik sangat. Aku banyak buat dosa. Aku lalai ya Allah.  Aku leka. Aku futur dalam perjuangan. Kau bagi aku nikmat, tapi aku tidak pernah bersyukur dengan nikmat-Mu. Aku tak gunakan nikmat-Mu ini dengan sebaik-baiknya. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku."

"mai.. Assalamualaikum, maiii.. Astagfirullah, budak solehah nie.. Nur Madinah  Humairah  binti  Muhammad Hanafi ." sambil menepuk bahu kawan kelasnya itu. Haa, kan dah keluaq nama penuh tu.

"oh, mak, ya Allah!" terenjut bahu humairah.

"ha! Baru kau sedar.. Wehh! Aku punye la panggil kau sejak dari pintu tu. Kau bukannya nak toleh aku pon.. Nak kene panggil nama penuh jugak.. Haih ahjumma nie." wardah membebel.

" ala.. Sory la. Aku tak perasan la sengal. Kau nie pon satu. Bagilah salam dulu.  Aigoo.. Asal cari aku? Cam ne kau tau aku kat sini?"

"saja cari kau. Aku jumpa nia tadi, dia kata kau dekat masjid. Si nia tu macam tau-tau pula aku tengah cari kau kan. Haha... Kau da makan? Aku nak ajak kau makan nie...jom?"

"ermm,kau makan la.. Aku tak lapar pulak. Heee" Madinah cuba menyembunyikan kegundahan hatinya itu.

"la..cam tu pulak? Weii..  Kau tak payah nak kelentong la.  Kita kawan dah lama kot. So, what your problem? Tell me if you  thought  that I'm still your friend."

 "bagitau aku jika kau masih menganggap aku kawan kau". Perhh, deep kot ayat terakhir tu.  Budak ini kan, saja nak treak aku tau.

Nur wardatuljannah Muhammad Hanifa. Dia merupakan satu-satunya kawan aku ketika aku menuntut di politeknik . Aku teringat lagi, masa itu aku berada di masjid An-Nur. Masjid ini la.. Dia sedang senyum kearahku. Keningku naik. Pelik. Aku pernah jumpa dia ke?  Tapi dekat mana ye? Entah-entah dia senyum dekat orang lain?  Aku je yang terlebih perasan.  Huhu. haru

 "OMA.. She came to me, she came to me." aku mengelepekkan sedikit tudungku.  Membetulkan apa-apa yang tidak kene." aku senyum kambing padanya.  Ngee~

"assalamualaikum awak,, saya nur wardatuljannah, panggil wardah je. Ermm, awak kenal saya lagi tak?" Kami bersalaman seketika.

"waalaikumsalam, saya nur Madinah Humairah, panggil mai je. Ermm saya kenal awak ek? Kat mana ye? Maaf, saya nie pelupa sikit. Tak berapa cam sangat orang. Huhu" aku menggaru kepala. Mak aihh. Malu bhaiii, aigoo.. Jinjaa..

"oh! Awak ingat tak pagi tadi awak ada terlanggar sorang student dekat library? Saya la orang tu. Hehe" Dia bercerit dengan penuh semangatnya.

Sementara aku.. Krik krik.. Krik krik..
"ooooohhh…. Emmmm.." sambil menganggukkan kepala.  Hu3. oh, dia ke orangnya? Alahaiii.. Malu kowt! Kenapa dia ingat muka aku nie.

Mana tidaknya, aku kelang kelibut sikit pagi tu.. Ye la, mana pernah daftar diri sorang-sorang.. Selalunya my mother yang akan handle semua-semua nie.  Sejak dari sekolah lagi sampai ke sekolah menengah. I miss my mother jiddan2! T_T

Okeh, sambung balik cerita aku.. Hehe
Sedang aku mencari dokumen dalam fail ambil berjalan, tiba-tiba.. Aku terlanggar someone. Adeh! Gawat bhaii, semua tudent pandang aku dan dia, perhh! Jatuh semua barang aku kot. Yang tak tahan tu, tablet baru akuuu! Jatuh sekali.. Woaaaaa!!birfday  Gift from my father kot.. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil tablet kesukaan aku dan dokumen yang agak sedikit berselerakan itu dan berlalu dari situ,
Sempat juga aku memohon maaf kepada orang itu, tapi aku tidak memandangnya pun. Hu3 malu punya pasal. >.<'

"sory ye, sebab langgar awak tadi, saya tak sengaja." sambil tangan mengaru kepala yang tidak gatal itu.

"eh2! Saya bukan nak suruh awak minta maaf. Saya hanya nak pulangkan tablet awak nie.. Tertukar pula dengan saya. Hu3" dia menghulurkan tablet itu kepadaku.

"subhanallah,tak perasan pula saya. Maaf ye. Last jatuh tu saya tak tengok balik sebab kelang kabut punya pasal. Tambah pula ramai yang tengok."  aku mengeluarkan tablet yang berada dalam begku. sebijik bhai.. Tablet sama saiz. Casing dia pulak sama warna dan design.ha3.. Sama test betol.

Sejak dari situ aku mula berkawan dengan dia, kami banyak chemistry. Aku sayang dia ketat-ketat kerana Allah.

"nur Madinah humaira!!! Masya Allah, dia berangan lagi… "
 Terkedip-kedip mata humaira apabila disergah sebegitu. Dia tersengih menampakkkan giginya yang teratur itu.

" betol, betol, betol" humaira dengan semangatnya menjawab persoalan yang tergantung itu .Nadanya seperti upin dan ipin.

"apa yang betolnya? Aihh!  Tak menjawab soalan betol la ahjumma nie" wardah mencebik.dia mengarukan kepalanya yang tidak gatal.

"eh! Maksud saya jom la pi makan" Humairah segera menarik tangan Wardah sambil membuat iklan colgate nya.


…… Bersambung……    :)

No comments:

Post a Comment