bismillahirrahmanirrahim...
~Di sebuah taman yang indah... kelihatan sekumpulan usrah(keluarga) sedang berkelah di bawah pohon yan rendang..
"sape tau nie pokok apa..??" soalan itu di tujukan kepada anak-anaknya
"pokok semalu!!" jawab wardah bersungguh-sungguh.usianya baru mencapai 9 tahun..
"alhamdulillah..bagus anak umi..ahsanti.." solehah mengajukan pertanyaannya buat anak-anaknya lagi, bagi melihat kecergasan anak-anaknya berfikir.."selalunyalahkan.. pokok semalu nie.. di kaitkan dengan apa..??"
sambli melihat ke arah wardah dan asma' . menantikan jawapan..
"ha! wardah tauuu... muslimah(perempuan) kan?!" jawabnya dengan riang..
"subhanallah... betol tekaan anak umi nie.."
"laaa,mana aci umi.. asma' baru nak jawab..." sambil merwajah sedih..
"aci kat india la adik.." umar yang sedang bermain dengan abinya tadi,kini datang menyertai mereka
. asma' mencebik.
'alala. anak umi... asma' pun pandai jugak.. sama macam akak wardah.. alhamdulillah..beruntung umi dapat anak-anak macam kamu nie.." sambil memeluk tubuh kedua-dua anaknya itu.. "alhamdulillah" jawab wardah dan asma' serentak.abinya juga tidak terkecuali.
"umi, kenapa pkok semalu nie sama macam muslimah??" tanya asma' ingin tahu.umurnya baru 7 tahun.
"ha! nak tau tak.. sifat pokok semalu nie adalah pemalu.. tu yang namanya pokok semalu.. sifat pemalu yang pokok semalu tunjukkan nie adalah lambang kepada keindahan dan kemuliaan wanita" jawab uminya..
"muslimin(lelaki) pon kene pemalu cam Nabi... ye Umar" sampuk abi sambil memandang Umar yang satu-satunya rijal selain dari dua adik beradiknya lagi.."baik abi.."sambil tersengeh-sengih seperti kambing tersenyum..
"Ianya juga melambangkan keimanan dan kesusilaan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w...." "sollalahualaihiwasallam" mereka menjawab serentak."... :malu dan iman itu adalah teman.Jika satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi." semua mendengar dengan khusyuk.. "Durinya pula di simbolikkan sebagai perjuangan yang lahir dari iman. maksudnya.. senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. itulah senjata bagi seorang mujahidah wa mujahid!" kata umi dengan penuh semangat..anak-anaknya menyalin note-note yang berguna. Mereka memang sudah di ajar begitu sejak dari kecil agar diri terbiasa bila dewasa kelak.
"selain itu, di sekitar pokok ini terdapat duri yang tajam.. pantang di sentuh pasti menunduk sopan,tetapi durinya tetap tajam berceracak.pokok nie mengeluarkan bunga yang berwarna ungu tau.. sangat cantik.."
"alhamdulillah.." jawab asma' sambil kedua-dua tangannya menyapu muka.. keletahnya sangat comel..
"hehehe.. adik..adik.. cakap subhanallah la.. bukan alhamdulillah.. tak sesuai la.." Umar perbetulkan perkataan adiknya..
"eh! ye kee... hehehehee" tersengih sambil menggaru kepala..
"simbolik nie pulak adalah nak menghiasi alam ini dengan haruman bunga-bungaan dan akhlak yang cantik dan menawan..""sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah!" umi nya menambah..
"habis! knapa pokok nie orang tak suka..nampak je..dorang buang...kenapa ye?" asma' bertanya lagi..
sambil tersenyum.. abinya menjawab tenang." cuba kita tengok zaman rasulullah s.a.w.."semua ahli keluarga membalas"sollalahualaihiwasallam"
"..nabi di buang dan di musuhi sebab Islam.tapi, berpuluh-puluh lagi yang sayang.kenapa?
Baginda dibela ALLAH, tak pernah terbuang pandangannya dan tetap istimewa di hati pencinta ALLAH dan Rasul-Nya.Abi teringat kata-kata nie.. 'islam itu asing,dan akan kembali asing..maka,beruntunglah orang-orang yang asing itu"
"pandangan ALLAH lebih utama berbanding pandangan manusia..betol tak umi, abi?" wardah petah bersuara menyampaikan ilmu walau pon satu ayat... "ye sayang..betol tu" jawab abi dan umi serentak..
"umi dan abi harap abang,akak dan adik dapat amik pengajaran dari pokok semalu.. jadilah seorang yang pemalu kerana malu itu sebahagian dari iman.."
"baik umi! abi!insyaALLAH.." kata Umar,wardah dan asma' serentak..
~alhamdulillah... ^_^
SIRAH TELADAN
( http://islamikblog.blogspot.com/2012/05/pokok-semalu-yang-tahu-malu.html)
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan ...bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment