winter sonata..

tittle bergerak

Friday 28 December 2012

ISTIQOMAH...

Bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum sume... ari nie,ana nk b'kongsi ilmu tentang istiqomah...


first, kte kene tau..istiqomah 2 bendalah ape sbenarnya...?? pernah dngar x..?? hee2..msti pernah an?
tau x mksud dia ape..??





DEFINISI ISTIQOMAH:
maksud---->tegak n lurus.
menurut:
Abu bakar As-Siddiq--->hendaklah kamu tidak menyekutukan ALLAh dengan apapun jua..

Umar Al-Khattab---> hendaklah kita bertahan dalam sesuatu perintah dan tinggalkan apa yg ALLAH larang..

Uthman Affan--->istiqomah mean ikhlas..

Ali b.Abi Talib---> melaksanakan kewajipan.

menurut Ibnu Abbas pula ada tiga..
 1-istiqomah dngan lisan..mean,kte terus bertahan dngan kalimah syahadah iaitu: "tiada Tuhan yg d sembah melainkn ALLAH,dan aku bersaksi bahawa Nabi Muahmmad itu adalah pesuruh ALLAH"
 2-istiqomah dngan hati,mean terus melakukan niat yang jujur.. melakukan sesuatu perkara dengan niat kerana ALLAH..
 3-istiqomah dngan jiwa,mean melakukan ibadah dan ketaatan secara terus menerus(istiqomah)

menurut Imam An Nawawi pula.. istiqomah bermaksud tetap dlm ketaatan n diatas jalan yg lurus dalam beribadah kepada ALLAH..

    "sebaik2 amalan ialah amalan yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit"
"daripada Abu 'Amru atau dikenali sbagai Abu 'Amrah,sufian ibn Abdullah r.a.beliau b'kata:Aku berkata kepada Rasulullah."wahai Rasulullah,ajrkan utkku dlm islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orng slainmu.Baginda b'sabda: ucapkanlah,aku beriman kepada ALLAH, kemudian hendaklah engkau beristiqomah"
                                       (Riwayat Al-Imam Muslim)

antara ganjarang bagi orang yang istiqomah ialah..
"dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam),nescaya kami akan mencurahkan kepada mereka air yang cukup"
                                                              (surah Al-Jinn,ayat16)

walaupon kte tau betapa ALLAH wajibkan utk kte sntiasa istiqomah dalam iman dan besarnya ganjaran yang di janjikan kepada kte,kte masih jugak tidak mampu untuk beristiqomah.. (Y_Y)~sob2...sedih2
persoalannya...kenapa ek??

1)istiqomah 2 sukar sebab kte melakukan sesuatu yang bertntngan dngan nafsu... sbb ape??..sebab..nafsu sentiasa nak wat kerosakan,kebinasaan,berhibur dan lalai.. tidak perlu di hairankan bila ana lihat orang yang dulu istiqomah ke masjid,namun kaki dorang tidak smpai ke masjid,tapi ke warung kopi sebelah masjid,sebaliknya ke kedai kopi sebelah masjid sebab terdorong untuk tengok bola sepak..

sbb ape bole terjadinya sebergini.. sebab,antara kebaikan dan meninggalkan kemungkaran,meninggalkan maksiat 2 adalah lebih payah dan sukar..

2)istiqomah nie susah bila kte nie kurang bersyukur..
buat ketaatan kepada ALLAH sebenarnya satu pilihan dari ALLAH bukan pilihan dari kte.
 sebagai contoh: ramai manusia yang dpt bangun untuk solat subuh walaupun tak dngar azan @ tidur lewat..tp, ramai gak yang rumahnya tepi masjid dan tidur awal(tidur selepas solat isya'),tapi, xdpt jugak bangun untuk solat subuh..
maka jelas,dapat buat ibadah dan tinggalkan perkara yang tak baik tu satu nikmat.. kufur dngan nikmat tu macam tak ikhlas,ujub,riak dan takabbur dlm melaksanakan printah ALLAH,maka bila2 masa je ALLAH boleh tarik kemampuan kte untuk taat kepada ALLAH..

3)faktor suasana.
   cth: bila b'iktikaf di masjid, apa yang ada dalam otak ialah solat sunat,baca Al-Quran,zikir dan lain2.. hilang hal2 duniawi buat sementara,tp,bila kuar je dr masjid,trus t'fikir mcm2.knapa masjid..?? sebab,kat masjid terdpt persekitaran iman..
persekitaran gak diertikan dengan sape kte bergaul. bila someome banyak abiskan masa dngan org baik2 maka dia akn istiqomah buat kebaikan dan cara itu juga sebaliknya...

4)perlukan motivasi! bagi ana, motivasi yg paling b'kesan ialah,apabila ana t'baca hadis ini
 "amalan yang paling afdal ialah amalan yang sedikit tetapi di buat secara istiqomah"
cukup dngan buat amal sedikit tapi di buat secara istiqomah..iaitu secara berterusan.. ramai yang fikir,melakukan amalan yang banyak akan di beri ganjaran yang banyak,namun, ternyata mereka mudah menjadi jemu dan berputus asa.bila sudah "futur" langsung tak buat.

 ketaatan dngan paras iman itu sama..bila iman naik,mudahlah nk buat ketaatan.tp,bila iman mrundum,senang jugak la nk buat kemugkaran. oleh itu, kita perlu hidup dlm jemaah yang boleh tegur dan nasihatkan kita dikala kte mengandungi krisis kejatuhan iman..
 "....nasihat menasihati kepada kebenaran,serta nasihat menasihati kepada kesabaran" 
                                                           (surah Al-Asr) 
analogynya seperti ini...
     Jika saya adalah bos (^^,)v ,saya pasti akan naikkan gaji dan pngkat pekerja2 saya yang bersungguh2 buat pekerjaan dan slalu konsisten dengan kerja dia. cam 2 gak ngan istiqomah dlm buat segala suruhan-Nya . moga ALLAH memberi kita darjat yang tinggi,pahala yang berganda2,dan bonus syurga yang tidak ada kesusahan d dalamnya.. insya ALLAH.. ^^v

CARA-CARA NAK PUPUK SIFAT ISTIQOMAH

1) ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut
2)bersahabat dengan orang yang istiqomah
3)menghayati sirah2 orang2 yang istiqomah..
4)mujahadah melawan nafsu
5)doa,pohon pertolongan ALLAH..


 kesimpulannya,istiqomah itu susah tanpa mujahadah yang tinggi,seseorang tu kena selalu memohon pertolongan ALLAH,berdoalah dngan bersungguh2


"perangilah nafsumu sendiri sebelum anda diperangi oleh para malaikat dan ALLAH Taala.."

~~sekian..yang baik 2 dtng dr ALLAH,yang buruk 2 dtng dr ana..asif jiddan ala kullihal ~~~
 
assalamualaikum..nite.. ^_^


No comments:

Post a Comment