winter sonata..

tittle bergerak

Sunday, 18 November 2012

Qailullah... antara sunnah Rasulullah SAW




SUNNAH QAILULAH. (Tidur sebentar pada siang hari)

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu te
ngah
hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,

"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."



Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.

Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.

Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden






No comments:

Post a Comment