winter sonata..

tittle bergerak

Friday, 24 March 2017

Akak dah bertunang ke?





Selepas solat asar, para Jemaah mula beransur keluar dari kawasan solat  masjid Sultan Azlan Shah. Aku  bergerak ke saff belakang kawasan solat. Tafsir Al-Quran di dalam beg aku keluarkan. Begitu juga dengan radio Al-Quran digital pemberian pak teh, aku capai. Earphone yang sudah tersedia di radio itu, aku sumbatkan ke dalam kedua lubang telinga kiri dan kanan. Butang on aku tekan. Kedengaran Qari mengalunkan surah An-Naba’. Merdu sekali.



Masya-Allah. Tenangnya. Ya.Hanya di masjid aku boleh merasai perasaan ini. Sungguh aku jatuh cinta dengan biahnya. Mata aku mula melilau melihat sekeliling. Di kawasan solat muslimat,  hanya tinggal beberapa orang Jemaah saja yang tinggal.

“ student INTIM kot “ aku menduga. Mereka juga sedang khusyuk membaca AL-Quran. Menghafaz barangkali. Mata aku beralih semula melihat tafsir. Mencari surah An-Naba’. Sambil mendengar qari membacakan Al-Quran, aku memerhatikan tajwid pada setiap ayat yang dibaca.

Sedang ralit dengan alunan Al-Quran, tiba-tiba bahuku dipukul. Tafsir yang aku pegang hampir terjatuh . Terkejut.

 “ Masya-Allah, mairah!! Terkejut akak tau tak. Ingat siapa la yang tepuk tadi. Kalau kena heart attack macam mana? Terkejut tau.” aku mula membebel.  Aku memang lemah sikit bab-bab terkejut ni. Nasib baik la tadi tak melatah. Kalau tak, haru. Humairah husna. Satu-satunya adik usrah aku yang jenis tegur orang tak bagi salam.Tafsir yang hampir jatuh tadi aku 'parking' di rak sebelahku. Radio aku matikan. earphone aku tanggalkan. memberi fokus kepada anak usrah dihadapan ku.

“ la, sorry la dear. Saja buat surprise.hehe..”  Humairah melemparkan senyuman colgatenya itu.
“Fuh! Surprise sangat. Takut surprise awak tu buat akak gone je.”

“issh, akak ni, kesitu pula. Mai sayang akak lagi ok.” Dia cepat-cepat memelukku. Alahai.. awat manja sangat ni. Macam adik aku dah. Suka peluk-peluk. Euww. Haha.

“Mai dari mana ni? Baru habis kelas ke?” aku memulakan pertanyaan apabila keadaan agak krik krik ketika itu.

“ haah. Lecture rajin sangat. Buat kelas sampai pukul 6 kot. Ni baru lepas habis solat”

“sabar la ye,semoga ilmu yang kamu dapat ni, Allah pandang dan Allah redha. Akak doakan kamu dapat 4 flat sem ni. Dah! Jangan sedih-sedih.  Smile.” Aku menepuk-nepuk bahunya. Bagi semangat.

“Amiin. Terima Kasih akak. Mai Doakan akak pon dapat dekan juga sem ni” Aku mengaminkan doanya.

 OMA (oh my Allah)!! akak dah bertunang ke?” Humairah menutup mulutnya sambil tangannya memegang cincin di jari manisku. Excited.

“Masya-Allah, budak nie, buat suspense je kejenya. Tak payah nak OMA sangat. cincin ni ke..”

“Amboih, senyum-senyum nampak. Malu nak cerita la tu. Cepatlah akak, tak sabar nak tau siapa future husband akak Madinah ni..”

“Tak ada la.. pandai je kamu usik akak ye. Akak pakai ni bukan sebab bertunang lah. Akak pakai sebab… senang untuk akak mengingati mati. “

Humairah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ha? Pakai cincin boleh ingat mati ke akak? Tak faham maira.”

“hehe, kelakar la kamu ni. Comel je. Akak anggap cincin ni adalah cincin pertunangan akak dengan kematian. Kita ni kan maira, sibuk fikir dengan siapa dan bila kita akan berkahwin, tapi kita tak pernah pun nak sibukkan diri untuk fikir bila kita akan mati. Bersediakah kita bila ajal menjemput dulu? Bekalan amal sudah cukupkah? “ teringat aku pada buku “Semusim di Barzakh”. Penderitaan serta azab yang digambarkan sangat menyeramkan. Meremang bulu roma. Muhasabah diri.

“ Masya-Allah, deepnya. Hebat pemikiran akak, sampai cincin pun akak kaitkan dengan kematian. Tak terfikir pula mai. Hehe. “

“Allah, akak tak hebat pun mai, Allah bagi ilham. Bila akak nak buat sesuatu yang lagha ke, malas nak buat ibadah ke, automatic mata akak akan terpandang cincin ni, dan masa tu juga akak fikir, Ya Allah, kalau aku mati sat lagi ni macam mana la. Amalan tak de lagi, dosa menggunung dah. Dah ingat mati, cepat-cepatlah bertaubat. Allahu Akbar. Direct Allah tegur. Bersyukur sangat Allah tegur dengan cara ni.”
“wah, inspired me. lepas ni nak ikut cara akak bole?” Humairah mula menunjukkan minat. Bersinar matanya. Hehe.

“Tafaddol (silakan) maira.”

“Allah, akak..dah nak maghrib rupanya. Mai kena balik dulu. Nak mandi. Maghrib sat gi mai datang balik. Akak tunggu mai ye. Jumpa malam sat gi. Luv U”

 “hati-hati balik.” Kami bersalaman. Aku hanya menghantarnya dengan pandangan.

Tafsir yang berada di rak tadi aku capai, menyambung hafalan yang tertangguh sementara menunggu azan maghrib berkumandang.

Hadith:
“ aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari ansar, memberi salam keatas nabi SAW kemudian berkata: ‘Siapakah mukmin yang paling baik?’ Jawab Rasulullah SAW: ‘ Yang paling bagus akhlaknya’.Dia bertanya lagi:’ Siapakah pula yang paling cerdik?’ .Rasulullah SAW menjawab, ‘Mereka yang paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak.”
(Sunan Ibn Majah :4259)

#tintasolehah 94

No comments:

Post a Comment