winter sonata..

tittle bergerak

Monday, 31 October 2016

1 step to hijrah

           
 


            Malam itu dia menangis semahu-mahunya.  Menangis dalam keadaan sunyi. Tidak mahu mengejutkan teman sebiliknya yang sedang tidur tika itu.  Dia malu. Malu pada Tuhan. Malu pada Allah. Hatinya semakin sesak dengan dosa yang dia lakukan tiap hari. Bertimbun-timbun banyaknya.hatinya tidak tenang.kosong. Ya! Itu adalah hatinya tika ini.  Hatinya seperti…. MATI. Mati sebelum mati . Hari ini baru mahu bertaubat.  Mengenangkan dosa-dosanya, dia menangis lagi. Nangis dalam sujud. Dia merayu dan terus merayu pada Rabbul Izzati...

       " Ya Allah. Aku malu pada-Mu. Aku banyak buat dosa. Banyak sangat Ya Allah. Banyak. Aku memohon ampun kepada-Mu Ya Allah. Ampunkan aku Ya Allah.  Kalau Kau tak ampunkan dosaku Ya Allah. Aku termasuk dalam orang-orang yang rugi lagi keji. Ya Allah. Ampunkan aku. Ampunkan Aku."

Mulai esok, dia mahu meninggalkan zaman jahiliyahnya, stop cerita-cerita lagha, stop membazirkan masa, dan stop everything useless.!
"sekali aku berpaling, tidak akan aku pandang lagi. Sayonara jahiliyah."



Malam itu dia tidur beralaskan sejadah dan berselimutkan telekung.

************